infesct said:
duuuude happy birthday again. AHAHA cuba ko teka sapa tok. rugged cake. lol kan i say stay awesome :P

With the default pic, and the post. Kedung lah! haha. Thanx kedung, i am awesome :P haha!

Sesak.

Sekarang cuti semester untuk siswa dan siswi universiti awam. Genap pukul 8 pagi aku bangun dan turun untuk membersih kawasan rumah. Sekali dengan menambah baik kebun aku yang ditanam dengan pokok kacukan dan liar. Aku bukan seorang petani yang menanam sayur sayuran, tetapi aku menanam pokok liar dan hampir pupus dibaham kapitalis. Mereka mementingkan duit daripada melihat dunia yang kehijauan. Apapun, pagi itu aku mengemas dan potong apa yang tidak patut pada pokok pokok tersebut. Syukur keadaan pokok aku sihat dan warnanya sangat kehijauan. Aku dapat pokok tersebut dari ayah aku, ayah aku menyuruh aku menanam pokok tersebut kerana ia hadiah dari rakan dia dari Jepun. Kerana pokok tersebut ialah pokok kacukan dan telah dieksperimentasi supaya ia membesar dengan cepat. Ia saiz pokok tersebut akan besar pada umur 6 tahun. Jika hendak mendapat pokok yang bersaiz besar ia memakan masa selama belasan tahun. Selesai berkebun, pukul 1230 aku bergegas mandi dan makan sedikit roti sebelum mengambil adikku dari sekolah. Saat ini paling aku benci, bila keadaan bandar yang dipenuhi oleh hutan konkrit, bandar yang aku sayangi dulu semakin panas. Iaitu bandar Kuching. Hari demi hari, bangunan besar dibangunkan. Pembangunan sana-sini. Pada umurku 12 tahun, jarang sekali ada pembinaan. Aku berasa syukur aku pernah menikmati bandar aku sayangi yang penuh dengan pokok yang besar-besar. Sekarang aku berasa sangat tertekan dan sesak, dengan kehadiran orang yang hidup nya berkejaran sana sini mencari kemewahan dan mencari rezeki untuk keluarga. Kenderaan mewah berharga jutaan ringgit sampai ke kenderaan yang berharga tiga ribu ringgit, semua ada dijalanan. Aku dilatih dari kecil untuk bersifat sederhana oleh ibu ku, rutin mingguan aku dengan dia ialah membebaskan seekor kucing sekali sebulan atau meneman dia membeli sayur. Sekarang jarang sekali aku meluang masa bersama dia, kerana aku selalu bangun akhir pada hujung minggu. Dia selalu turun ke pasar pada pukul 7 pagi, awal habis! Semenjak kehadiran bandar yang serba moden ini hidup aku sangat bekejaran, aku rindu zaman aku boleh berlengah masa sambil makan choki-choki. Sekarang jika masa ini kau berlepas, kau akan lambat. Aku rindu zaman bandar Kuching ku yang tidak sesak dan kehijauan.

D.I.Y sangat.

Aku mendengar satu persatu demo kaset lama aku. Teringat pula kisah ada seorang scenester yang berkata, buat semua mesti d.i.y baru bagus. Memang benar memang bagus, supaya mengelakkan pengeksploitasi muzik. Tetapi ada juga yang menyatakan kalau nak total d.i.y jangan dengar lagu komersial, mainstream. Bukan etika d.i.y hardcore punk ini mengajar kita untuk menghormati hak orang lain? aku menyokong etika d.i.y dan aku menyokong barangan d.i.y, muzik d.i.y. Salahkah aku jika mendengar muzik yang lebih komersial? seperti clash, dead kennedys, exploited, nofx sebab mereka dah tahap internasional habis. Dekat jaket kamu bukan patches Sex Pistols kah? hormat kehendak orang lain. Biar apa dia buat asalkan jangan mengongkong sesetengah pihak untuk membuat keputusan. Sekian.

Kugiran-kugiran yang mempengaruhi aku secara total.

Aku akan ceritakan kugiran mana yang mempengaruhi cara hidup dan pemikiran aku. Kugiran dan artis tersebut ialah seperti Have Heart, Youth Of TodayChampion, Chain of strength, Cruel hand, Defeater, Spazz, Magrudergrind, Vitamin X, Scholastic Deth, Raien, La Quiete, Tupac Shakur, Public Enemy, Ramones, The Smith, The Killers, Pearl Jam, AC/DC , NOFX, The Business, Cock Sparer, Descendants dan Cockney Rejects. Manakala kugiran tempatan ialah Butterfingers, Second Combat, Nostalgia, Last Minute, The Times, Malique, Parkinson, Kurasakuasa, Always Last, Dum Dum Tak, Carburater Dung, Kias Fansuri dan Destruction Zero. Mereka berjaya mempengaruhi aku dalam apa-apa keadaan. Lagu mereka memberi inspirasi untuk aku terus berjuang dan tidak berputus asa, lagu mereka memberi motivasi kepada aku. Ada kugiran yang disebut telah berjaya mengubah cara hidup aku lebih positif. Iaitu tidak melakukan apa-apa gejala sosial. Seperti merokok, minum minuman alkohol, mengambil dadah dan sex bebas. Selain daripada itu, mereka juga mengubah persepsi aku untuk mempercayai akan setiakawan, memberi sokongan padu terhadap apa apa aktivisme yang positif. Muzik mereka juga mengubah hidup aku dari segi pemikiran politikal aku, serba banyak muzik yang mengubah aku dan aku sendiri. Sekian.



1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 older »